27/03/2017

29

Wuhuuu one year down and another is waiting, I'll turn thirty years old, insha-Allah, next year. Coming from an average family, birthday wishes from the loved ones are the only thing that makes the day differ from any other day. Otherwise, it is simply an ordinary day.



I woke up pretty late than usual (lol blame the after-Subuh nap!) and my breakfast was a Maggi Kari Hot Cup, I did the laundry, potong rumput, feed my catsss, made sambal belacan with our home-grown cabai, and just now we were having satay ikan as our evening snack.

Speaking of satay ikan, who doesn't love satay ikan? I remember back in the 90s, when I was in SKAUK, there was one pakcik sells satay ikan outside of the school compound, and it becomes one of my personal favourites ever since! Funny how my two younger brothers, both are now in their early 20s, do not have any clue about satay ikan?!

Okay now I have no idea on how to end this. Nak cakap pasal birthday pergi cakap pasal satay ikan pula, hish.

Anyway, stay true to yourself and cherish your own time zone!

17/03/2017

Retorik

Kalau dah terdesak sangat, adakah kau perlu keluarkan batu besar dalam kepala dan berhenti memilih?

Aku rasa aku belum sampai tahap tu lagi, kot?

Ha, kau tengoklah, punyalah degil manusia bernama Syuhada ni, dia tak sedar agaknya yang dia sudah berada pada tahap keterdesakan yang teramat. Entah pintu mana lagi la yang dia harapkan tu?

14/03/2017

Isu semasa: ragam peniaga

Hari ini saya berkesempatan menonton Bersamamu, kali ini ia memaparkan kisah seorang ibu tunggal yang bernama Ina, yang menyara ibunya yang lumpuh dan dua anak lelakinya.

Memandangkan Ina tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana ibunya yang lumpuh memerlukan perhatian sepenuhnya, dia menyara keluarganya dengan menjual nasi lemak dan mi rebus, serta sambal kentang goreng bercampur kacang dan ikan bilis (panjang betul nama).

Okay, ini adalah perkara yang saya ingin kongsikan. Ingin sekali saya maklumkan bahawa ini hanyalah sekadar pemikiran dangkal dan bersifat segera, yang langsung tidak menimbang perkara-perkara lain ke dalam akaun (haha!).

Ina memberitahu yang perniagaan kecil-kecilan itu tidaklah membawa pulangan yang besar, namun cukuplah untuk dibuat modal pusingan. Iyalah, mana tidaknya, harga nasi lemak dan mi rebus yang dijual bersama rakannya itu hanya berharga seringgit? Adakah anda serius, Ina?

Lantas, saya terfikir. Orang miskin macam ni pun tak sampai hati nak jual mahal-mahal. Tapi orang-orang kaya rileks sahaja letak harga produk mereka dengan harga yang saya hanya mampu lihat.

Saya ulangi, ini hanyalah lontaran segera yang tidak berfikir dengan teliti. Jika hendak difikirkan secara teliti, sudah tentu kedua-duanya mempunyai sebab tersendiri dalam menentukan harga produk mereka. Tapi itulah, kalau nak ikutkan hidup susah, Ina boleh sahaja letak harga RM3 atau lebih, semahal harga di kedai-kedai hipstur, tetapi dia tidak melakukan sedemikian.

Orang susah jual harga ikut cara hidup orang susah, orang kaya jual barang ikut gaya hidup deme ler, itu yang tudung sehelai pun ratus-ratus. Mereputlah kau di sana melihat harganya. Sobs sobs sobs.

Bercakap tentang harga, dalam hal membeli-belah ini, kita hendaklah berpegang teguh pada pepatah ukur baju di badan sendiri, dan jauhilah sifat biar papa asal bergaya!

Permisi,
Tin kosong.

09/03/2017

Entah lah

Kalau rezeki tak ke mana
Kalau jodoh tak ke mana
Kalau dah ajal tak boleh lari mana

Tak tahu nak rasa macam mana sekarang ni

Urghh

08/03/2017

Pintu

Aku tak tahu la siapa yang kata, tapi adalah satu pepatah Inggeris yang berbunyi: when one door closes, another will open. Setakat ini, aku masih lagi berpegang dengan kata-kata ni. Tuhan Maha Kaya Maha Pemberi Rezeki, beb. Tidak lalai dan tidak lupa. Tidak mengantuk dan tidak tidur. Kalau tertutup satu pintu, aku yakin Dia akan buka pintu yang lain.

Kau orang semua tunggu. Sikit je lagi, sikitttt je lagi ni.

Aku yakin, inshaAllah!